Pagi Isnin lepas, adik sibuk mencari tiket Transformers online. Dia dah bising kata tiket Transformers dah dibuka untuk jualan seminggu lebih awal. Eh.. bukan ke biasanya kaunter tiket dibuka tiga hari sebelum? Tapi ini seminggu lebih awal pulak.... pergh hebat tak hebat la cerita ini, kita tengok je la nanti. Jual mahal tak nak ikut adik-beradik tu tengok wayang, maka mereka beli saja tiket untuk mereka weekend ini. Saya tinggal!
Tapi.. tapi.. dah la saya kena tinggal dengan Rehot juga. Mana boleh saya tinggal kat rumah sorang-sorang kan... maka terus cek online tiket sama tarikh dan waktu yang adik-beradik beli tu. Phewww.. nasib tak ada siapa beli seat di sebelah adik-beradik beli tu, memang ngam-ngam untuk saya seorang. Yeayy!!
Nonton dengan abang saya ini pula ada syaratnya... cinema mesti THX dan seat harus tengah-tengah di line G atau H (peminat hifi memang begitu agaknya.. mesti nak seat tengah, baru detail surround system katanya). Jadi kami adik-beradik ada dua tempat pilihan je.. di OU atau The Garden. OU je lah yang murah meriah kan. Jadi weekend ini nonton Transformers yeayyy!!
Hari tu tertengok Gundam besar ini. Gila gaban besar Gundam RX-78 tu. Baru je dirasmikan. Katanya akan menjadi objek perlancongan baru Jepun. Lepas ini pasti peminat Gundam di seluruh dunia terbang Jepun nak tengok Gundam scale 1/1 ini, tingginya 18 meter. Dibina sempena 30 tahun Gundam tercipta.
Saya bukanlah peminat Gundam, tapi kat rumah ini... abang, adik laki & sang suami adalah peminat tegar Gundam. Secara teknikalnya abang tukang beli, sang suami & adik tukang pasang. Sungguh kagum melihat mereka pasang. Mau taknya.. harus sabar melihat parts yang banyak dan kecil-kecil itu dipotong dan dipasang. Harus punya kesabaran tingkat tinggi. Menjadi kepuasan si tukang pasang bila melihat hasil sudah sempurna. Saya suka tengok juga yang dah siap.. hehe.
Gundam ini paling mencabar nak pasang, kata tukang pasang.
Ada banyak lagi Gundam di flickr saya.
'Ke Yogya lagi?' Begitulah kata orang kalau saya mau ke DIY. Ya.. sudah 3 kali ke DIY dan yang terakhir ke sana ialah bulan April lepas. Lebih istimewanya ke sana bersama-sama darah abadi dan teman-teman baru dengan rombongan seramai 22 dewasa, 2 baby dan 2 kanak-kanak nama Indah. Ramai gila! Rombongan kekeluargaan gittew..
Kemana je lah jalannya kalau ke Yogya tu?
Ya, kemana lagi.... paling tempat yang wajib ialah Borobudur, Prambanan, Kaliurang, Pantai Parangtritis, Taman Sari, Keraton dan belanja-belinji pula di Pasar Beringharjo atau toko-toko sepanjang Jalan Malioboro. Kalau cuti berlebih-lebih bolehlah wisata ke Ratu Boko atau pantai-pantai cantik lain seperti Krakal, Glagah dll. Lebih lanjut tentang Yogya silalah membuat research sendiri di Yogyes.
Apa pula makanan khas Yogya?
Yang saya tahu Gudeg & Bakpia Hahaha... kurang info ni ya?? Ok.. ok.. gudeg & bakpia memang makanan asli Yogya tapi masih banyak makanan lain. Contohnya baca saja blog Cah Ayu. Tengah promosi makanan tu ;-).
Lapar ayam bakar nih.. huhu. Setakat ni ayam bakar yang paling best sekali di Yogya yang pernah saya rasa ialah di Lesehan Terang Bulan di Jalan Malioboro. Betulllllll.. tak tipu.. you all cuba la next time.
NEXT TIME?
Bila tu next time ke Yogyanya? Bila? Bila? Bila? eh salah.. Kapan? Kapan? Kapan?
Ada rezeki dan tiada aral melintang patah, pasti akan ke Yogya lagi. Siapa takut!!! hehe..
Saya tak pernah bosan untuk ke sana lagi. Anda bagaimana?
3 kali Yogya bererti 3 kali juga ke Borobudur dan dengan status yang berlainan. Semoga next time ke Yogya lagi lain pula statusnya.. bertiga ke mungkin, insyaAllah. Amin.
Catat rekod.. baru perasan nih! 3 kali naik Borobudur dengan baju pink hahaha (muntahlah si Cah Ayu dengar pink).. Nasib bukan baju yang sama (macam mana lah boleh pink semua ni.. haishh).
Rindu Yogya!
Rindu kamu semua!
Weiii.. bila nak arisan lagi?

